Pages

Wednesday, 13 June 2012

MaaFkaN AkU SayAnG...bhg 3



Aku TinggAlkaN CintA keRanA Allah s.w.t.,,,,,,,,,

"It's not me who want you to make a decision like this, but Allah 
tells you so." 


          Tiada cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah aku pelajari lama dahulu dan dari semua kitab Fiqh yang aku baca semasa melanjutkan pelajaran di peringkat diploma dahulu, tiada satu pun yang menghalalkannya. Aku tahu akan hakikatnya dan kebenaran ini sudah lama dahulu, tetapiaku tidak kuat untuk menegakkannya kerana janji aku kepadanya dan keluarganya. Aku tidak mampu untuk menundukkan kemahuan hati aku. Dan kata-kata seorang yang aku anggap sebagai kawan telah memberikan aku kekuatan untuk bangkit kembali dari kesilapan aku selama ini. 

          Aku terpaksa mengambil keputusan yang akan melukakan hatinya malah akan membuat dia bencikan akan aku.. Tapi aku redha dengan ketentuan Allah kerana aku percaya aku akan ditemukan dengan jodoh aku yang sebenarnya apabila sampainya waktu yang telah ditetapkan oleh Allah.. Aku tidak sanggup untik bertemu dengannya kerana aku tidak sanggup melihat air matanya pada masa itu, aku hanya menyatakan melalui telefon sahaja. Tapi itu sudah cukup untuk membuat die
merana dan hati aku merana.

         Tapi aku tidak habis berdoa pada bulan mulia itu supaya " hatiku tenang dan hatinya tenang dan jauhkan hati kami jika itu bukan jodoh aku dan jika dia jodoh aku,cepatkanlah jodoh kami ". Tetapi Allah itu maha adil dan mungkin dia bukan jodoh aku sehinggalah sampai sekarang hatiku tenang dan tidak teringatkan akan dia, Aku berharap dia dapat memaafkan aku sepertimana aku memaafkan dia.

                Dan aku juga berharap dia akan menemui lelaki yang lebih baik dari aku dan aku akan dijodohkan dengan pempuan yang lebih baik darinya. Dan Alhamdulillah sekarang aku dapat tau dari kawan2ku bahawa die telah bertunang dengan seorang insan yang baik, kuat agama dan aku memang mengenali lelaki itu. Alhamdulillah, aku berharap dia akan bahagia dan melupakan aku serta memaafkan aku.

            Dan aku sekarang masih mencari siapa pemilik tulang rusuk kiriku. Aku berharap dia merupakan seorang wanita yang baik Imannya, Rupanya, Hartanya dan juga Rupa Parasnya.. Aku tetap berdoa semoga supaya Allah menjaga Imanku dan menguatkan Imanku serta supaya aku ditemukan dengan jodohku secepat mungkin dan jodohkan kami secepat mungkin kerana aku tidak sanggup menanggung dosa maksiat Mata, Hati, Kaki, Tangan, Lidah kerana persekitaran yang akan menjerumuskan aku kearah dosa-dosa tersebut. Semoga Allah akan melindungi aku dan juga kawan-kawan seagamaku.. Amin,,,,,,

No comments:

Post a Comment

Thanks For Comment....