Pages

Wednesday, 13 June 2012

MaaFkaN AkU SayAnG...



Aku TinggAlkaN CintA keRanA Allah s.w.t.,,,,,,,,,

Itu sahaja aku dapat ungkapkan pabila orang bertanyakan kenapa tinggalkan perempuan yang baik, cantik, berakhlak.... Tapi Sejak hari itu cintaku pada Allah lebih tinggi dari cintaku kepadanya, Aku takut dengan cinta dari Allah dan balasan yang aku akan dapat dengan apa yang aku lakukan,, 
Aku berharap Allah dapat mengampuni Dosa-dosa aku dan Wanita yang aku sayang tetapi terpaksa tinggalkan kerana Allah. Kerana aku percaya Qadar telah ditetapkan kepada aku dan Qada-Nya akan berlaku tanpa terdapat sedikitpun perbezaan dari Qadar ku....
Siapa, Bila, Kenapa, Dimana, Banyak mana, dan sebagainya bagi aku telah tertulis sejak azali lagi, aku percaya kepada Qadar & Qada Allah s.w.t. Dan aku percaya akan hadir wanita yang sesuai untuk diriku sebagaimana yang telah ditetapkan kepadaku oleh Allah kepadaku. Aku hanya mampu berdoa..

"Setiap seorang dari makhluk Allah telah diciptakan berpasangan, manusia, jin, haiwan mahupon tumbuhan telah diciptakan berpasangan, jadi janganlah takut dengan takdir Allah keatas kamu"...

"Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku telah beriman dengan-Mu, ampunilah segala dosaku dan peliharalah diriku dari azab api neraka."

"Penolongku hanyalah Allah, Tiada Tuhan melainkan Dia, Kepada-Nya jua aku berserah dan tidak ada sesiapapon yang dapat menolong aku sepertimana Allah menolongku"

"Wahai Tuhanku, berilah aku beroleh dari isteri-isteri dan zuriat dari keturunanku, perkara yang menyukakan hatiku melihatnya, dan jadikanlah hatiku seperti hat para imam yang menjadi ikutan bagi orang-orang yang bertakwa"

RinGkaSan CerItaKu SaaT Aku BerteMu daN BerPisAh..........

         Aku seorang insan biasa yang tinggal di kawasan pedalaman dan hanya bersekolah disekolah kampung. Sejak dai sekolah lagi aku sudah biasa hidup susah dan mengikat perutku kerana bukan tiada makanan tetapi untuk berjimat dan berkongsi dengan adik beradik yang ramai. Nak kata ada makanan pon boleh juga kerana kebiasaannya pada masa itu aku sekeluarga hanya makan nasi dengan telur goreng ataupon ikan haruan @ puyu kering yang ditangkap dan dijemur sendiri oleh ayahku.


Dan kadang2 kami hanya makan nasi dengan air kopi.
 Mesti tiada orang yang pernah makan nasi sebegini kan?? 
Tapi kami adik beradik dah memang biasa dengan makanan sebegini,,,
Dan ini sudah cukup enak dan dapat memenuhkan perut kami adik beradik,,

           Selepas memasuki ke sekolah menengah, aku juga bersekol;ah di sekolah kampung. Itu sudah kebiasaan laa bagi aku dan kawan2 sekampungku (Kawan Sejatiku Sehingga Sekarang). Memasuki alam menengah nie memang banyak dugaannya dan di sekolah menengah itu aku mempunyai seorang kawan baik. Tapi umurnya tidak lama selepas terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada hari raya Aidil Adha. Aku yang sebelumnya bersikap periang entah kenapa berubah menjadi seorang yang pendiam selepas kematian dia dan juga kawan bagi aku bergurau dan bertengkar (walaw pernah tanganku patah kerana bertumbuk dengannya tapi Arwah tetap kawan dan die terbaik bagiku).

            Aku rasa aku perlu menulis pada lain hari kerana aku sebak apabila terpikirkan Arwah walaw sudah sepuluh tahun meninggalkan aku kerana setiap kali aku terpandangkan pergelangan tanganku yang pernah patah kerana bergaduh, ia mengingatkan aku kepada Arwah. Semoga arwah ditempatkan bersama para solehin,,, Bersambung............
      

No comments:

Post a Comment

Thanks For Comment....