Malam nie sambil2 aku layan orang yang mari kedai kopi tempat aku keja nie,, tiba2 ada laa sorang pakcik nie duduk kat tepi tangga tempat aku duduk,, Aku pon dengan rela hati pergi kat pakcik 2 n ..
" Pakcik, pakcik dari mana pakcik?"
" Pokcik mari dari klate, nok cari anok pokcik tapi tok jupo.." sambil dengan muka sedih tapi bersih..
" Ooo pokcik ore klate,, sayo pon ore klate gak,,, xpo2 pokcik dah make?? kalu xmake lagi mari laa duduk sana..."
" Pokcik xdok duit nak " dengan muka sedeh dia berkata..
" Alaa pokcik, mari laa,, xpo pasal duit xpo,,saya leh bayar, duit leh cari , xpo pokcik, mari2,,,"
Pakcik 2 pun ikut laa aku duduk n aku pun pesan laa nasi putih dengan ayam goreng kat pakcik2,,, Selepas makan, pakcik 2 pun gtaw aku supaya jaga diri sebab ada orang nak tikam aku dari blakang.. Orang yang aku kenal.... Aku tanya sape , tapi pakcik 2 xnak bgtaw.. Aku pun berfikir dalam hati " betul kea apa pakcik nie gtaw"...
Lepas 2 pakcik 2 pun mintak diri, katanya nak pergi masjid, nak tidur kat masjid sana,, Aku pun biarkan laa dia pegi.. Lepas 3 minit die pegi, aku tengok ada sesuatu macam kertas berlipat atas meja die makan tadi,, Aku pun mengambil kertas itu dan cuba untuk mengejar pakcik tadi tapi aku pelik die xda...
Aku pun tengok kertas tadi dan ada tertulis,
" Anak bukalah kertas ini dan gunalah kearah kebaikan apa yang ada didalamnya..."
Aku pon bacalah dan ada sepotong ayat Al-Qur'an ditulis dengan cermat dan jelas.. Dan ayat tersebut memang sepotong ayat yang selalu kita lupa untuk amalkan walaupon ayat tersebut berkait rapat dengan diri kita manusia jika diteliti akan maksudnya...
Dan dibawah ayat tersebut tertulis
Jadi aku ingin berkongsi dengan rakan2 apa yang aku dapat tetapi bukan ayat Al-Qur'an sebab laptop aku tiada tulisan arab.. Harap maaf tetapi harap apa yang tertulis di bawah nie boleh menjadi pedoman kita...
01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai kemasaalahan/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati terus dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan dengki dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kejayaan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kejayaan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu optimis/pentingkan akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur kerana kezaliman;
14. Jangan goyah kerana fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan mencampuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu' ;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak zikir dan doa kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan kasihi fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah mengawal dan menumpukan pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyakkan dan pereratkan silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah mampu segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit maksiat;
52. Sediakan waktu untuk bersama dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Perbanyakkan bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;
58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap yang tidak berguna;
61. Bergaullah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggungjawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berilmu dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung dan memikirkan apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai keikhlasan dan pemberian orang lain;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk bersukan yang sesuai dengan norma-norma agama dan keadaan diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita yang belum pasti dan yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan melengahkan pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cubaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan;
99. Jangan gembira di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang lain;
Semoga sama-sama kita amalkan... Insya'Allah..

No comments:
Post a Comment
Thanks For Comment....