Pages

Sunday, 18 November 2012

ISLAM,, POLITIK,, PERBEZAAN PARTI POLITIK DAN IDEALISME...

Parti Politik Di Malaysia,, ISLAM???


Assalamualaikum,,

Terdetik dihati nie nak mencoret sesuatu selepas petang tadi bila lepak2 dengan member,,, Tengah2 syok berbual isu2 biasa,, Tiba2 datang sorang member nie,, Salam xbagi,, duduk2 terus cakap " aish aku menyirap laa dengan ******* nie,  cakap boleh laa,, nak buat itu, nk buat ini ikut Islam  konon,, Xsedar diri tu sesat "
Sempat laa jugak aku senyum dan berkata dalam nada lembut " Jangan laa kita nie jika ilmu agama pon xsampai sejengkal nak pertikaikan apa yang orang belajar agama tinggi cakapkan,, Mereka bercakap kadang2 mengikut ilmu dan apa yang tertulis dan ada yang mengikut hadish.. Kita bercakap mengikut hati yang marah... Walaupon mereka salah, itu xmenandakan mereka salah semuanya sbab manusia xda yang sempurna dan betul semuanya..."  Terdiam laa member aku tu...
Sambil tu, diorang pon berbual pasal politik di Malaysia, Negara Islam tapi ada yang mengatakan itu betul dan itu salah... Aku kadang2 tersenyum dengan sendirinya bila mendengar mereka berkata2... Mereka berkata seperti bukan seorang yang berilmu,,sedangkan masing2 bekerjaya hebat2... Masing2 berkata mengikut fahaman politik masing2... So mulalah nak menangkan parti masing2...  habes jaa mereka berbual,, Aku bertanya,, 

" Korang sokong parti politik mana nie?? Cer crita? " masing2 menjawab parti politik yang mereka sokong... tiba2 seorang bertanya,,

" Ko sokong apa?? mesti orang Klate sokong PAS kan?? Xkan BN kot..."

Aku jawab senang jea  '" Aku xsokong parti politik, tapi aku sokong siapa yang akan memimpin dikawasan aku terlebih dahulu.. barulah aku memilih pemimpin di peringkat besar... Memilih pemimpin nie bukan senang sebab nanti kita akan dipertanggungjawabkan di Akhirat kelak,,lain laa jika korang x percayakan Hari Akhirat.."

" Weh sapa xpercayakan Hari Akhirat,,, wajib tuu " kata seorang kawan...


" Taw pon wajib,, so pandai2 laa memilih pemimpin kita,, jangan laa pilih mengikut parti politik,,sebab yang memimpin bukan parti tapi siapa yang ada di dalamnya... Bagi aku, siapa yang dapat mengikut suruhan agama ialah yang paling utama.. Jika dia dapat menegakkan undang2 agama Islam lagi aku sokong dan janji potong kaki pon aku sanggup sokong die,,"

senyap semua kawan2 aku mendengar apa yang aku cakapkan,, lepas tu masing2 berbual itu ini....


Sebenarnya kita umat Islam nie boleh dikatakan telah dimainkan oleh orang agama lain.. Mengapa aku berkata demikian?? Sebab kepelbagaian politik boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat sekiranya tidak diurus mengikut panduan Islam. Antara kesan negatif yang dikenal pasti;
1- Perpecahan umat dan mencarikkan wala’
2- Bersaing untuk merebut kepimpinan
3- Melantik diri sendiri (tazkiah al-nafs)
4- Menjatuhkan orang lain
5- Menjatuhkan kerajaan
6- Jauh dari agama
7- Bermudah-mudah dengan agama
8- Keluar dari jamaah Islam
9- Banyak lagi laaaa....

Adakah Malaysia sebuah negara Islam?

Sebenarnya jika mengikut sejarah yang betul (bukan buku sejarah di sekolah yea), Malaysia pada zaman Melaka telah menjadi sebuah Empayar Islam selama hampir tiga ratus tahun, kemudian dijajah selama 640 tahun sebelum mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Sebenarnya jika mengikut apa yang kita perhatikan, mana-mana negara Islam yang dijajah kemuadian mencapai kemerdekaan, ia kekal sebagai negara Islam walaupun tidak sempurna perlaksanaan Islamnya. Ini tidak terkecuali negara kita,, Tapi Malaysia memang bnyak kekurangannya dalam konteks pemerintahan Islam..


Apa yang kurang?

Walaupun dari segi hukum atau status, negara Malaysia adalah sebuah negara Islam. Ini tidak bermakna bahawa Malaysia telah melaksanakan sistem mengikut kaedah siasah syariyyah. Dari segi struktur tidak ada masalah yang menghalang Malaysia dari mengaplikasikan sistem pemerintahan berdasarkan siasah syariyyah. Yang di Pertuan Agong sebagai khalifah atau ketua negara, Perdana Menteri sebagai wazir tafwidh, parlimen sebagai majlis syura dan begitulah seterusnya.
Pada pengamatan saya, ada beberapa perkara yang masih memerlukan kepada penambahbaikan:

Pertama; Hubungan antara perkara 3(1) dalam perlembagaan dalam mempengaruhi tindak tanduk eksekutif atau Perdana Menteri yang sepatutnya melaksanakan dasar dan polisi terikat dengan sumpah Yang di Pertuan Agong. Jadi dasar ini adalah dasar yang berkaitan dengan Pemerintahan Islam..
Kedua; Kuasa yang diperuntukkan kepada pihak berkuasa agama berdasarkan jadual sembilan jauh lebih kecil daripada yang sepatutnya Islam sebagai agama negara. Dengan erti kata lain sepatutnya mahkamah syariat mengambil tempat mahkamah sivil barulah betul...
Ketiga; Ciri-ciri pemimpin utama di peringkat yang tertinggi, peringkat Perdana Menteri dan ahli dewan parlimen dan dewan rakyat. Adakah kita lihat sekarang pemimpin kita seperti pemimpin negara Islam yang terdahulu?? Menegakkan hukum2 Islam?

Fikir2kan jika kita masih waras dan masih boleh berfikir.....

8 comments:

  1. Apa hujah anda untuk mempertahankan pendapat bahawa menyokong calon itu adalah lebih baik drpd menyokong parti. Sedangkan kalau kita tengok walaupun calon itu adalah baik dan boleh memimpin, akan tetapi apabila dia mewakili mana-mana parti maka mahu atau tidak dia terpaksa mengikut apa yg pemimpin atasan arahkan untuk mencapai matlamat yg ditetapkan oleh parti. Dan pastinya walaupun calon tersebut ingin mengubah matlamat atau dasar parti tersebut, namun tidak mungkin calon tersebut mampu krn ia perlu mendapat persetujuian daripada pemimpin atasan. Jadi calon itu akan mengikut apa yg pemimpin atasan mahukan, kalau tak ikut, jawabnya x de la income yg masuk maka dari situ dapatlah kita tgk perubahan yg berlaku kpd calon tersebut..dah lari dari niat asal untuk menjadi calon…Jika seorang calon itu baik dalam agama dan jelas kewibawaan dalam kepimpinan sekalipun akan tetapi jika dia menjdi calon untuk parti yang jelas tidak mahu memerintah negara dengan hokum Islam, jelas menolak Islam, membudayakan hedonism dlm masyarakat maka calon tersebut secara tidak langsung menjadi penyokong kepada agenda parti tersebut dan terlibat sama dalam menolak Islam…dan begitu juga kepada pengundi yang menyokong calon tersebut. Cuba anda tengok dan kaji beberapa ulama yg menyertai UMNO…adakah dia mampu untuk mengubah matlamat dan dasar UMNO?? Apa yg sy lihat, mereka bukan sahaja tak dapat mengubah apa2 bahkan sekarang menjadi rujukan kepada pemimpin dan masyarakat untuk mengeluarkan ‘fatwa’ bagi menghalalkan apa sahaja tindakan mereka.
    Mungkin anda akan mengatakan bahawa kita tidak boleh taasub kepada parti..memang sy bersetuju kita x boleh taasub kepada parti…akan tetapi kita perlu taasub kepada dasar dan matlmat parti…x kira la parti UMNO, PAS, PKR..kalau matlamat dan dasarnya adalah Islam, maka kita wajib ikut…Kalau ikutkan memang kita perlu untuk melihat kepada calon akan tetapi apabila kita tengok situasi politik di Malaysia pada hari ini...adakah perlu anda mempertahankan hujah untuk menyokong calon??
    -Sekadar pendapat, anda bebas untuk menolak pendapat ini.

    ReplyDelete
  2. Yaa.. Memang betul apa yang tuan/puan/saudara/saudari katakan... Setiap orang mempunyai tafsiran dan pendapat masing2...
    Tapi, adakah pemilihan seorang calon pemimpin itu perlu melihat kepada parti politik yang di duduki..? Semestinya kita melihat kepada calon itu terlebih dahulu kan? Sebagai contoh,
    (1) jika kita taw dia seorang yang memang berjuang untuk Islam dan menegakkan perintah Allah (sebab pemimpin yang kita pilih adalah untuk memimpin kawasan kita,,kita akan tahu latar belakang beliau), apa salahnya kita memilih beliaw untuk memimpin kita..
    (2) Jika kita tahu beliau seorang yang tidak mungkin dapat menegakkan perintah Allah, adakah kita patut memilih beliaw walaupon beliaw berada dalam parti yang dasarnya mungkin akan menegakkan perintah Allah...
    Saya berkata demikian sebab
    (1) tidak mungkin seorang calon yang beriman tidak akan menegakkan perintah Allah walaw sedikitpon.. Jika beliaw seorang yang betul2 akan menegakkan perintah Allah, tidak mungkin juga dia menyokong parti politik yang suka menghalang @ mempermainkan perintah Allah. Melainkan beliau seorang yang melihat kepada kebendaan.. tapi ada juga kemungkinan beliaw mempunyai niat yang murni untuk mengubah dasar sesuatu parti dari yang menolak kepada mengikut perintah Allah.. Niat seseorang yang akan menjadi nilai tara yang akan diadili Allah.. Jika niat berubah itu bermakna dia telah mengubah semuanya dan Allah sahaja yang boleh mengadilinya.
    (2) mungkin dia menganggotai sebuah parti kerana beliau mengetahui di kawasan tersebut akan dimenangi oleh parti tersebut, sedangkan kita mengetahui bahawa beliau seorang yang tidak suka untuk menegakkan Agama Allah. Mengangotai parti yang berpaksikan Islam semata-mata inginkan jawatan.. jadi adakah kita perlu memilih beliau sebagai pemimpin?
    (3) Mungkin ramai yang menganggotai sesuatu parti politik kerana pangkat.. Itu tidak dinafikan lagi.. Cuma ada segelintir sahaja pemimpin yang memang disanjungi dan dihormati rakyat kerana beliau memang memimpin kerana Allah dan sudi berkhidmat kepada rakyat kerana Allah. Jika mereka mengangotai parti kerana pangkat dan duit, akan ada suatu hari mereka akan keluar dari parti tersebut dan pergi ke parti lain kerana inginkan duit lebih... Sebab kita mengetahui seorang yang berpaksikan kepada Islam dalam memimpin, keperibadian beliau memang dapat dilihat dari, malah paling senang adalah dari segi pengumpulan harta dunianya.. dan begitu juga bila sebaliknya..

    Ini just pendapat dari insan yang kurang ilmunya.. maaf jika ada yang terasa..

    ReplyDelete
  3. Ok, terima kasih atas respon dan hujah yang saudara berikan. Akan tetapi maaf sy tak bersetuju dengan pendapat saudara. Pertanyaan saudara adakah kita perlu memilih parti? Yup jawapan sy adalah ya…tengok parti yang sesuai dengan matlamat Islam.

    Sy bagi satu anologi untuk mudah saudara faham, contohnya dalam sebuah Negara terdapat 2 parti, parti A dan parti B. Parti A diketuai oleh orang Islam…dan dasar yang dibawa adalah dasar secular, manakala parti B juga diketuai oleh orang Islam, dan dasarnya adalah jelas menegakkan Islam. Walaupun parti A ada calon dari orang yang beragama, boleh memimpin…adakah saudara masih lagi ingin memilih calon tersebut?? Sedangkan saudara dah jelas dasar yang dibawa oleh mereka. Situasi kita di Malaysia sekarang adalah calon tidak dapat membawa perubahan apa2..yang memainkan peranan yang besar adalah parti…calon penting akan tetapi tidak sebesar peranan yang dibawa oleh parti..kita hidup adalah berjemaah, bukan berseorangan. Sekarang kita kena focus kepada matlamat dan dasar pembawaan parti.

    Sy ingin menjawab hujah saudara:

    1-Walaupun saudara mengatakan calon itu ingin berjuang untuk menegakkan perintah ALLAH…akan tetapi sejauhmanakah calon tersebut dapat berjuang untuk menegakkan kalimah ALLAH itu sedangkan calon tersebut terikat dengan dasar yang telah ditetapkan oleh parti tersebut? Sy bagi satu anologi mudah…contohnya saudara bekerja di satu syarikat, dan pastinya setiap syarikat itu ada dasar yang telah ditetapkan oleh pemilik syarikat…dan dasar syarikat tersebut tidak melaksanakan apa yang sepatutnya dengan dasar Islam…adakah saudara dengan mudah dapat mengubah dasar tersebut???? Sedangkan saudara hanya orang bawahan…dan pastinya saudara kena ikut arahan orang atasan.

    2-Jika seseorang itu menjadi calon sebuah pasti yang dasarnya ingin menegakkan Islam, mahu atau tidak calon tersebut kena ikut dasar yang ditetapkan…dan saudara jangan risau..calon tersebut tidak akan mudah untuk membuat sesuka hati…kerana setiap parti ada dasarnya dan dipantau oleh orang-orang dalam parti tersebut.

    Sebab yang saudara berikan:

    1-Cuba saudara kaji dan perhatikan berapa ramai orang yang beragama akan hanyut apabila menyertai parti yang membawa dasar bukan untuk menegakkan Islam. Ya betul ALLAH akan menilai berdasarkan niat..akan tetapi kalau dah jelas parti itu salah dan mempersendakan agama ALLAH…dan calon tersebut terlibat sama (apabila menjadi calon parti tersebut). Pengundi tak tahu apa niat calon tersebut…pengundi akan mengundi berdasarkan manifesto yang dibawa oleh calon. Dan pastinya manifesto yang dibawa adalah kearah dasar parti tersebut. Bolehkan saudara memberi sy contoh calon yang saudara katakan ingin menegakkan hukum ALLAH dan menjadi calon parti yang dasarnya bukan menegakkan hukum ALLAH…dan calon tersebut berjaya melaksanakan niatnya untuk menegakkan hukum ALLAH. Tolong beri contoh barulah sy mungkin boleh terima hujah saudara untuk menyokong calon.

    2-Calon menganggotai parti Islam kerana inginkan jawatan…itu urusan dia dengan ALLAH…akan tetapi walau apa pun niat calon tersebut..bila dasar parti itu Islam..nak atau tak calon tersebut kena ikut.

    3-Pilih calon itu penting, sy bukan nak membangkang saudara 100%...akan tetapi yang paling utama adalah dasar yang dibawa oleh sesebuah parti itu..kemudian baru fikir berkenaan calon. Dan untuk pengetahuan saudara..setakat yang saya tahu..PAS akan membuat pemilihan setiap calon yang akan dicalonkan…melalui majlis syura….dan yang selebihnya adalah kita menyerahkan urusan calon itu kepada ALLAH.

    -Situasi politik di Malaysia sudah jelas menunjukkan parti itu lebih berkuasa daripada calon. Jadi undilah mengikut dasar dan matlamat yang dibawa. Allau a’lam apa yang terbaik. Minta maaf jika pendapat saya ada membuat saudara tidak suka…nama lagi pendapatkan? Saudara bebas untuk menolak dan menerima.

    ReplyDelete
  4. emm Ok.. bagus2,, saya terima hujah tu.. Memang saya menantikan hujah2 dari seorang seperti anda,, :-)
    Tak ramai yang berani mengeluarkan hujah yang bernas,, Tapi maaf, saya tidak mahu menyebut nama sesiapa dalam nie dan saya juga tidak mahu menyebut nama parti dalam komen saya.. sebab jika saya menyebutnya, tidak syak lagi ada yang mengatakan saya menulis komentar ini kerana ingin menyerang sesebuah parti politik,, Sedangkan saya menulis ini sekadar ingin berkongsi dan berborak,, Tapi melalui pengamatan saya, anda memang seorang yang baik dan berani malah telah mempunyai satu pilihan parti politik..

    Terima kasih kerana mengikuti perkembangan,, ehheeee :-)

    ReplyDelete
  5. Saudara mengatakan bahawa saudara terima hujah saya...persoalan sy adalah....adakah ini bermakna saudara sekarang menyokong untuk memilih parti berbanding calon???

    ReplyDelete
  6. Salam,,

    Wah disini banyak berkomen pasal parti.. Blog nie memang ada pasal parti ek,,hehee
    Ok ar tu, by the way, saya rasakan laa,, kita pilih calon terlebih dahulu , pastu baru laa memilih parti,, hehe
    Just pendapat laa,,

    ReplyDelete
  7. Salam..

    Saya xda laa terima 100% mengenai memilih parti politik adalah paling utama,, tapi bagi saya laa.. Memilih calon adalah yang paling utama sebab yang akan memimpin kita adalah calon itu sendiri bukannya parti.. Tapi tidak dinafikan pemilihan parti politik adalah juga penting, sebab seperti yang SAUDARI/saudara katakan seorang yang baik walaw berada dalam sebuah parti politik yang xbaik akan terpaksa mengikut hala tuju parti tersebut..
    tapi kita juga boleh memilih seorang calon yang terbaik dari parti politik yang ingin menegakkan Agama Allah.. Sebab bukan seorang calon sahaja dalam satu parti politik tersebut.. Tapi kan, jika seorang calon tu hanya inginkan pangkat dan wang, dan mengotai parti politik yang mungkin akan menegakkan Agama Allah, selepas memenangi pilihanraya tapi tidak menjalankan tugas seperti yang termaktub oleh parti, malah menyusahkan rakyat dan memburukkan nama parti dimata rakyat.. Camne ek,,, heheeee :-)

    ReplyDelete
  8. SAUDARA...main pusing2 point yg sama je...malas dah nak gaduh..nak jwpan bg persoalan SAUDARA tu cuba baca betul2 hujah sy kat atas tu...pusing2 soalan...jwpn adalah sama mcm hujah sy kat atas...sakit kepala dah nak jwb...suka hati la nak pilih apa2 pun...dosa pun masing-masing yg tanggung kn?...huhu

    ReplyDelete

Thanks For Comment....