Pages

Tuesday, 13 November 2012

MaNisnYa JikA TauBat KitA DitEriMa Allah s.w.t.



Pintu Taubat SentiasaTerbuka Untuk Kita..

     Marilah kita sama-sama merasai kemanisan iman...Diharap apa yang aku tuliskan disini dapatlah kita sama2 kongsikan... Bukan apa, tadi selepas maghrib aku naik kerumah dan membuka youtube.. Tujuan asal nak cari ceramah2 Ust.. Azhar Idrus tapi jumpa yang Dr. Asri terselit disitu mengenai TAUBAT kita kepada ALLAH s.w.t,,,,

      Selepas mendengar klip video tu, terdetik dihati aku nak kongsikan dengan kawan2... So aku bukak laa blog aku yang dah lama usang tanpa berita nie dan menaip laa serba sedikit.. Jangan kita menolak sesuatu benda tu kerana fahaman die, kerana apa yang diceritakan oleh orang lain mengenai die,, Kerana setiap orang ada kekurangannya dan mesti pernah melakukan dosa.. Tapi pintu taubat Allah s.w.t. adah sentiasa terbuka untuk kita umat Islam.... Aku tulis begitu sebab aku ada mendengar desas desus mengatakan Dr. Asri nie Wahabi lah...apa lah,, tapi kita jangan melebelkan seseorang itu dengan sesuka hati kita kerana niat dihatinya siapa tahu... Sedangkan dizaman Rasulullah s.a.w. sendiri terdapat orang yang Mushrik tetapi Rasul s.a.w. kita tidak pernah melebelkan mereka walaupon Nabi s.a.w. kita mengetahui akan hal itu... Inikan pula kita manusia yang kerdil lagi jahil, tidak boleh melebelkan seseorang dengan apa2 label... Apa yang baik kita terima dan apa yang xbaik kita tolak jauh2... Melainkan lah secara terang2 die melakukan kesalahan melawan hukum hakam Allah...

     Opss panjang pulak mukaddimah nie,,ehehee maaf terlebih dahulu aku ucapkan jika tersalah pendapat n pandangan.. Aku just nak kongsi2 jea apa yang aku dapat.. jika salah silalah tegur n komen yeaa,,

        Ok berbalik kepada topik asal,,, Mungkin kita semua pernah melakukan dosa kan,, Sebab tiada seorang pon antara kita yang tidak pernah melakukan dosa..cuma yang berbeza adalah dosa Besar, dosa Kecik dan apa yang kita lakukan sampai kita mendapat dosa ssahaja yang membezakannya... Aku sendiri pon pernah melakukan banyak dosa malah aku ada melakukan dosa yang mungkin dosa besar jugak.. Tapi bak kata Ustaz2,, pintu taubat Allah itu amatlah luas bagi sesiapa yang betul2 insaf dan inginkan keampunan-Nya... Selari dengan itu, aku memulakan langkah baru dan cuba sedaya upaya meninggalkan
langkah lama aku dengan sesuatu lembaran yang baru... Aku meninggalkan semuanya yang lalu termasuk seorang wanita yang dulu aku sayangi tetapi setelah mendapat nasihat dari seorang kawan@ustaz, aku tinggalkan semuanya dengan rela.. Maaf aku ucapkan kepadanya kerana tindakan aku nie aku taw akan menghancurkan hatinya dan harapan yang pernah aku berikan. Tapi percayalah aku mula cintai dia dulu kerana Allah sebab dia seorang yang baik dan beriman tetapi selepas sekian lama aku perlu tinggalkan die kerana Allah, sebab aku taw aku dah jauh tersasar dari landasan sebenar...



        Tapi percayalah dan yakinlah, jika kita sedia insaf dan bertaubat, Allah s.w.t. pasti akan menerima taubat kita dan akan membalas yang terbaik apa yang kita lakukan jika kerana Allah.. Dan atas dasar iru jugalah aku percaya bahawa semua ini telah ditetapkan kepada kita sejak azali lagi.. Semoga Allah akan pertemukan aku dengan wanita yang solehah dan die bertemu dengan lelaki soleh..

         Percayalah ketika kita sesal akan apa yang kita pernah lakukan dulu, dan mengenangkan dosa2 yang pernah kita lakukn, Allah s.w.t. telah mula menitipkan satu perasaan yang tidak pernah kita rasai sebelum itu..Perasaan itu adalah perasaan yang sungguh pelik, alhamdulillah, aku pernah merasainya...Perasaan yang sungguh tenang jiwa, perasaan yang membuatkan aku tidak gelisah dan sedih kerana kehilangan... Aku gembira dan bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana telah menitipkan perasaan yang sungguh sempurna dalam hati aku.. 

Ya Allah, sungguh besar kuasa-Mu ya Allah..
Sungguh nikmat keampunan-Mu ya Allah,.
Aku bersyukur pada-Mu ya Allah,,,
Sungguh tenang hatiku ya Allah,,

     Kepada kawan2 aku semua,, marilah kita meninggalkan dosa2 kita dan bertaubat kepada Allah s.w.t.,, Kerana pintu keampunan Allah adalah sangat luas kepada kita umat Islam.... Bulan Ramadhan juga semakin menghampiri kita, jadi marilah kita sama2 memulakan lagkah yang baru..usaha yang baru..niat yang baru kerana Allah...

" Ya Allah, Ya Tuhanku,,Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau memberikan petunjuk kepada kami, dan sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya,,
Ya Allah Ya Tuhanku,,, sesungguhnya kami telah melakukan dosa sebelum ini dan kami telah insaf dan sedar akan dosa kami,, dan sesungguhnya kami telah beriman kepada-Mu, oleh itu ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah, peliharalah kami Ya Allah dari azab seksa neraka-Mu.."

dan marilah kita kongsi video dibawah ini.. Selamat menonton....


No comments:

Post a Comment

Thanks For Comment....